Tips Cara Makan Yang Sihat

pexels-photo-247685.png

HAMPA NAK TIPS CARA MAKAN YANG SIHAT???

Ikuti LANGKAH-LANGKAH di bawah..

✔ Waktu makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.

✔ Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.

✔ Elakkan makan di tengah malam.

✔ Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.

✔ Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.

✔ Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.

✔ Minum air suam / air kosong bersih sejam sebelum makan dan sejam selepas makan. Elakkan dari minum air ais supaya perut tidak mudah buncit.

✔ Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dan sebagainya. Banyakkan makan sayur dan ulam.

✔ Kuantiti makanan berasaskan haiwan perlu dikurangkan dan di sebaliknya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dipertingkatkan. Kacang tanah, biskut, coklat, dan seumpamanya harus dielakkan termasuk seafood,belacan,telur dan segala makanan yang alah dengan resdung.

✔ Minum 2 hingga 2 1/2 liter air bersih setiap hari, iaitu sekali setiap dua jam. Selepas minum, seseorang itu perlu kencing dan ini perlu dilakukan 8 – 10 kali setiap hari. Air yang diminum dan dikeluarkan haruslah dalam nisbah 1:0. Dengan lain perkataan, hampir kesemua air yang diminum mesti dikeluarkan.

✔ Setiap kali selepas makan,amalkan berjalan 100 langkah supaya makanan yg dimakan cepat dihadamkan dan dapat mengelakkan perut buncit. Jangan terus duduk atau terus tidur selepas makan.

Nak dapatkan BADAN YANG SIHAT, mari kita sama-sama mengamalkan makanan yang sihat nah..

Advertisements

5 Jenis Makanan Yang Berkhasiat

Badan yang sihat datangnya daripada cara pemakanan kita. Korang yang selalu memasak tu kena juga cari makanan-makanan yang berkhasiat.

Easy Bake Lab nak share dengan korang 5 Jenis Makanan Yang Berkhasiat yang boleh korang amalkan untuk mendapat tubuh badan yang sihat dan cergas.

4520423697_a190df5b29_b

1. Oat

Oat terkenal sebagai salah satu makanan yang dapat menurunkan kadar kolestrol di dalam badan anda. Sekiranya korang mengambil oat sebagai sarapan, tempoh kekenyangan akan berada dalam tempoh yang agak lama berbanding makan makanan yang lain. Sebagai contoh nasi lemak. haha. Makan pukul 7 pagi, pukul 10 pagi insyaAllah akan amek lagi. kih3.

pexels-photo-327323

2. Buah-Buahan

Buah-Buahan mempunyai banyak antioksidan seperti Vitamin C dan Vitamin A. Fungsi Antioksidan ini adalah untuk melawan kerosakan radikal bebas di dalam badan dan antioksidan ini juga dapat mengurangkan risiko kanser. Antara banyak-banyak buahan, Blueberry dan Anggur mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi. Korang nak tahu juga yang antioksidan ni dapat merangsang imun untuk melawan kesan penuaan dalam badan. Jadi banyakkan makan buah-buahan nah.

appetite-banana-calories-catering-161481

3. Ikan Salmon

Merupakan makanan yang kaya dengan omega-3 yang dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit sakit jantung dan juga aterosklerosis (iaitu penyakit arteri progresif yang disebabkan oleh penimbunan plak sehingga aliran darah menyempit). Ikan salmon ini juga mempunyai lemak baik di mana telah terbukti dapat meningkatkan kesihatan kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Selain itu, orang yang mahu membina badan turut juga mengambil ikan salmon sebagai sumber protein mereka. Banyak juga kelebihan ikan salmon ni, kih3. Tapi nak membeli ikan ni, boleh la 2 bulan sekali..haha.

dessert-sweet-dish-spoon-cream-46180

4. Yogurt

Yogurt mengandungi Kalsium, Vitamin B dan protein. Sekiranya korang jenis yang tidak minum susu, korang boleh mencuba makan yogurt. Yogurt boleh menjadi sebagai altenatif untuk anda untuk mendapatkan kalsium bagi membina tulang dan gigi yang kuat. Selain itu, yogurt ini juga mengandungi kuman mesra yang membantu menggalakkan sistem pencernaan korang yang sihat.

3267119747_07aa91c6cd_b

5. Lada 

Kalo korang perasan, banyak masakan menggunakan lada. Lada mengandungi antioksidan seperti beta-karotena dan Vitamin C. Semua lada mengandungi bahan yang dipanggil capsaicin. Capsaicin ini mempunyai ciri-ciri anti-radang, penahan sakit, mengurangkan risiko kanser dan juga penyakit jantung. Sering digunakan di dalam membuat salad dan juga masakan lain.

Syiok dengan info ni. Jom share.

 

KELEBIHAN MINUM AIR KOSONG

newproject_1_original (2)

#Assalamualaikum. Sapa kat sini yang kurang suka minum ayaq kosong?bukan ayaq ais nah. Ayaq kosong memang teramat bagus untuk badan kita. Memnag banyak manfaat. Kalo kita nak selalu kekal cergas dan aktif, kita kena amalkan minum ayaq kosong. Bukan setakat bagus untuk badan, kulit kita jugak akan jadi cantik.

Hari ni #EasyBakeLab nak #share dengan hampa 5 Kelebihan minum ayaq kosong.

1. Kulit lebih berseri

Minum air kosong boleh bantu badan kita untuk menyingkirkan racun dalam tubuh dan membantu membersihkan racun dalam darah. Sebab tu kalau kita tengok ramai orang yang kulit cantik dan lembab, diorang amalkan minum ayaq kosong.

2. Langsingkan tubuh

Sapa-sapa yang nak langsingkan tubuh badan memang perlu minum ayaq kosong banyak. Ini kerana ayaq yang kita minum tadi tu akan keluaqkan semula toksin-toksin yang tidak diperlukan oleh badan kita.

3. Tambah darah

Orang yang selalu rasa lesu, kurang bermaya, ini disebabkan badan kurang ayaq. Bila kurang ayaq, darah dalam badan pon tak boleh berfungsi dengan normal. Jadi banyakkan minum ayaq kosong nah.

4. Membersihkan usus

Minum ayaq kosong masa perut kosong dapat membersihkan usus. Ini kerana ayaq kosong ni tadi dapat menyerapkan nutrien-nutrien ke dalam badan kita.

5. Menyihatkan jantung

Ayaq kosong dapat juga membantu menyembuhkan penyakit jantung. Ramai pengaamal perubatan mengamalkan air kosong sebagai jalan untuk membantu pesakit yang mempunyai sakit jantung.

Haa, banyak dak kelebihan minum ayaq kosong. Banyak lagi manfaat ayaq kosong ni sebenarnya. Jadi kita perlu amalkan minum ayaq kosong banyak untuk menjaga tubuh badan kita. Bile badan sihat, nak buat kek pon suka kan..

Kalo hampa rasa info bermanfaat, hampa #share nah.

#EasyBakeLab #CaraCikDyg #BakingLikeExpert #MasakCaraMudah

5 RAHSIA BUAH DURIAN BELANDA

02102017_1_original

Assalamualaikum #semua. Kat sini ramai dak yang suka makan “Durian Belanda”?? Untung sapa yang selalu makan buah sebab buah ni banyak manfaat taw.

Hari ni, #EasyBakeLab nak #share dengan hampa 5 Rahsia Durian Belanda. Lepas ni boleh la kita cari.

1. Durian belanda mengandungi banyak serat, vitamin c, karbohidrat, kalsium, lemak dan air;

2. Dalam buah durian belanda ni mengandungi karbohidrat sebanyak 38 gram sebagai sumber tenaga tubuh dalam satu gelas;

3. Selain itu, buah ini juga mengandungi kalium yang dapat membantu otot-otot di dalam tubuh, mengawal kadar tekanan darah, dan juga untuk perbaikan tulang;

4. Kandungan mineral lain yang terdapat dalam buah ini adalah fosfor dan kalsium. Dalam 100 gram buah ini terdapat #fosfor sebanyak 27 mg dan #kalsium sebanyak 14 mg. Jadi, mineral-mineral inilah yang bermanfaat untuk pembentukan tulang serta mengelakkan terjadinya #osteoporosis;

5. Kandungan vitamin c tinggi di dalam buah ini yang berperanan sebagai antioksidan. Antioksidan ini yang berfungsi untuk melawan berbagai-bagai penyakit di dalam tubuh, termasuk menyembuhkan luka dan mencegah kerosakan kulit.

Lepas ni boleh la kita amalkan makan buah ni.hehe. Tp harga dia boleh tahan jugak la.

#EasyBakeLab #Share2Info #CaraCikDyg #MasakCaraMudah

Khasiat Makan Ulam

Pelbagai_jenis_ulam

KHASIAT MAKAN ULAM

Hampa nak cantik dak. Hehe. Nak dapat kulit licin, berseri macam artis dak. Haa, #EasyBakeLab nak share dengan hampa ulam-ulam apa yang bagus untuk kita.

Kalau kita tengok orang zaman dulu-dulu, kulit diorang cantik #bangat. Itu sebab diorang selalu makan ulam. Orang zaman la rasanya dah kurang makan ulam. Zaman la dengan zaman dulu tak sama. Sebab tu orang zaman dulu-dulu, kulit cantik lagi baq hiang.hehe.

Jom kita baca:

1. Kacang Botoi

Kacang botoi ni memang feveret sangat-sangat. Makan mentah-mentah pon sodap. Rasa dia yang rangup-rangup, xde rasa pahit. Memang sesuai untuk orang yang baru nak belajaq makan ulam. Kena plak dengan sambal. Sedap uh.

Antara kebaikan kacang botoi ni, dapat melambatkan proses penuaan. Lepas tu kacang ni pon dapat bantu masalah penglihatan. Bagus kan kacang ni. Sebab tu jadi one of my feveret. huhu.

2. Ulam Raja

Ulam Raja banyak khasiat dia. Tapi nak makan, hampa kena cuci betoi2 nah. Banyak khasiat ulam ni. Dapat bantu merawat diabetes. Selain tu, ulam ni pon dapat menambahkan kandungan oksigen dalam darah

3. Kacang Bendi

Kacang Bendi salah satu peberet jugk. kacang bendi ni bagus taw. Kacang bendi ni boleh jadi salah satu ubat untuk merawat penyakit kencing manis. Selain tu, bendi ni dapat mengekalkan keremajaan (nak dak nampak remaja??..haha), baik untuk kulit, baik untuk otot dan jugak otak, dapat lawaskan sistem pengahdaman kita, dapat mengelakkan selesema (vitamin C) dengan mengurangkan kadar kolestrol.

Wau, banyak sgguh khasiat kacang bendi.

Sebenaqnya, banyak lagi ulam-ulam yang berkhasiat. Tapi kami nak share hat ni saja..hehe.

Nanti hampa boleh share ulam-ulam yang hampa selalu makan. Kita kongsi-kongsi kebaikan makan ulam ni. Boleh orang lain makan sama.

Hampa komen dekat status nah.

#EasyBakeLab #KongsiTipsSihat #MasakDariHati #CaraCikDayang

Nasi Cepat Basi? Ini Tips Berguna Untuk Hampa

Cooked_white_rice

Makanan ruji kita hari-hari adalah nasi. Kalau sehari kita tak makan, maw menjerit jugak perut kan..haha. tu kalau orang yang diet la. Kalau orang yang diet, mungkin okey saja kalau tak makan nasi.

Kadang-kadang ada orang masak nasi lebih sebab boleh buat nasi goreng esok pagi. ye dak. huhu. Sama macam cheq, masak nasi lebih boleh buat bekal untuk suami p keja. Tp kadang-kadang tu, bila nak masak, tengok nasi dah basi, adoiii, boleh jadi ‘hulk’ jugak pagi-pagi.

#EasyBakeLab nak share dengan hampa macam mana nak buat nasi jadi tak cepat basi. Mungkin hampa boleh ikut. tak perlu dah membaziaq kan.

rice-2294365_960_720

1. Beras Okey Lagi

Pastikan beras yang hampa nak masak tu okey lagi la. Jangan beras dah 2/3 tahun hampa guna, Memang dah elok la.

2. Cuci Beras Sampai Bersih

Masalahnya, ada ka orang cuci beras tak bersih?haha. Hampa kena make sure beras yang hampa cuci tu sampai jernih warna ayaq dia. Kalau warna dia still lagi keruh, hampa jangan la masak. Kasi cuci lagi. Sambil cuci tu, sambil selawat. Baru la ada keberkatan kan. Nak basuh beras sambil mengaji pon xpa aih..

3. Letak Daun Pandan

Daun pandan memang sesuai untuk diletakkan waktu masak nasi. Letak daun pandan pon boleh buat nasi tu wangi ja nak makan. Baru syiok nak menambah nasi time makan. Tapi letak daun pandan ni bukannya alasan hampa boleh jadi gemok noh.

4. Kacau Nasi Semasa Memasak

Sebelum nasi tu diangkat, hampa kacau-kacau la dulu nasi tu. Tujuan dia untuk nasi sebati, dan semua nasi tu masak. Kacau sat saja. Sampai sebati saja nah.

Tu saja tips nak share, kalo hampa ade tip lagi yang boleh buat nasi tak basi, hampa tambah dekat komen nah. Kita sama-sama kongsi.

Kalo tips ni syiok, hampa KLIk SHARE nah.

#EasyBakeLab #MemasakDariHati #BakingLikeExpert #MasakCaraCikDyg

3 Cara Nak Hilangkan Kerak Dekat Periuk Dan Kuali

pot-554068_960_720

Sapa-sapa yang suka memasak mesti boleh tengok kat periuk dak pon kuali hampa ada hitam-hitam. Kalo tebai hitam tu, jimat dah la tak payah dah beli kopi. Pakai hat tu saja..kui3.

Hari ni, Easy Bake Lab nak share dengan hampa macam mana nak hilangkan kerak-kerak degil tu dari periuk / kuali hampa.

Hampa try nah, kalo tak menjadi tu, maksudnya kena beli yang baru la tu.

Senang saja:

cooking-1667845_960_720

1. Cuka

Ambil periuk hampa yang ada hitam-hitam tu. Lepas tu panaskan ayaq sampai mendidih. dah mendidih tu, hampa masukkan kan la cuka. Dah sejuk, hampa sental-sental la periuk tu.

1464281151026.jpeg

2. Soda Bikarbonat

Sama jugak. Hampa kena panaskan ayaq sampai mendidih. Lepas tu masukkan la soda bikabonat dalam ayaq tu. Periuk dah sejuk, hampa mulakan operasi menyental. Tonyoh-tonyoh sampai hilang hitam-hitam tu. Jangan tonyoh style cuci muka, memang tak keluaq la hitam-hitam tu. Hampa tonyoh kuat sikit. Kalo tonyoh sampai berlubang pon xpa, boleh buat alasan kat suami nak beli periuk baru.

AsamKeping.jpg

3. Asam Keping

Hampa ambil segenggam asam keping. Masukkan dalam air mendidih. Tunggu sampai sejuk, barulah hampa sental yang hitam-hitam tu nah.

kalo hampa rasa tips ni best, hampa share nah..:D

#EasyBakeLab #CaraCikDyg #MasakDariHati #BakingLikeExpert #SuriRumahProfessional

 

3 Makanan Di Malaysia Yang Paling Digemari

Sekiranya korang memang duduk di Malaysia, korang mungkin dah tahu dah makanan-makanan ni. haha. Tapi sekiranya korang ada jumpa orang luar yang datang melancong ke Malaysia, korang kena bagitahu dekat diorg makanan-makanan ni. Huhu.

Malaysia mempunyai pelbagai agama dan juga bangsa. Sebab itu banyak jenis makanan dapat dijumpai di Malaysia.

Antara makanan-makanan yang menarik di dalam Malaysia:

str2_nasilemakpoll_jg_2-770x470 1. Nasi Lemak

Kita boleh tengok Nasi Lemak boleh dijumpai di mana-mana sahaja. Tapi nak cari yang sedap tu, korang kena survey sendiri ler. Hehe. Nasi Lemak mempunyai rasa yang Berlemak.kah3. dah nama pon Nasi Lemak. Nasi Lemak ni selalunya dimakan bersama dengan sambal, ikan bilis goreng, timun dan juga kacang. This is a simple Nasi Lemak la. Kalo nak lagi special kena tambah lauk lain.

445648350_e8d4c39232_b.jpg 2. Roti Canai

Kebanyakan kedai yang jual Roti Canai ni adalah mamak tetapi rama jugak orang Melayu yang jual Roti Canai. Kalo korang pergi ke warung-warung yang menjual Roti Canai, korang akan jumpa pelbagai jenis Roti Canai. Haha. Order je nak yang kosong ke, isi telur ke, isi sardin ke. Suma ada.

I Luv ‘Roti Canai’ So Much’ lorr

26808264011_8fbbabd71e_b 3. Satay

Sedapnya dapat makan satay. Haha. Satay pon macam roti canai jugak. Ada macam-macam jenis satay. Ada satay ayam, sate daging, macam-macam lagi la. Kalo satay yang x pernah jumpa tu, mungkin harga die boleh membuatkan mata berair jugak la kalau nak makan.

Banyak lagi sebenarnya makanan dekat Malaysia ni yang menarik. Lain kali Easy Bake Lab akan kongsi lagi nah.

 

 

Saya Suka Cheese

cheese-817627_960_720Sapa suka makan cheese? Suka letakkan cheese dalam masakan? boleh angkat tangan. Haha

Mesti korang nak tahu kan apa itu CHEESE yang sebenarnya.

EASY BAKE LAB nak share apa itu CHEESE.

Keju atau Cheese adalah makanan yang mengandungi protein dan juga lemak daripada susu. Kebiasaannya cheese ini dibuat daripada susu lembu dan kambing.

Susu dijadikan asid dan tambahan renetyang yang menyebabkan penggumpalan. Seterusnya pepejal-pepejal itu dipisahkan dan dimasukkan bentuk akhir.

Untuk pengetahuan semua, sesetengah cheese mengandungi Kulat sama ada di luar luar ataupun seluruh cheese tersebut.

Gaya, bentuk dan rasa keju bergantung kepada asal susu tersebut diambil iaitu daripada haiwan yang digunakan. Macam mana diet haiwan tersebut akan mempengaruhi rasa cheese tersebut.

Korang nak tahu?

Montgomery's_Cheddar

Warna kekuningan dan juga kemerahan yang terdapat pada cheese yang kita lihat adalah kesan daripada penambahan ‘annatto’.

Keju amat baik untuk tubuh badan kerana kandungannya yang tnggi dengan lemak, protein, kalsium dan fosforus. Orang bina badan juga sering menggunakan keju di dalam diet pemakanan mereka.

Sumber : wikipedia/keju